Sebutan pertama kes berkenaan
telah dibuat 31 Oktober lalu dan seterusnya pada 27 November lalu adalah
penyerahan dokumen dan 19 Disember ini ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan
kes bermula.Diharapkan guru- guru dan masyarakat di luar sana terus memberikan sokongan
kepada Cikgu Azizan agar terus tabah dan sabar di dalam menghadapi dugaan ini.
Sunday, December 17, 2017
Viral !!! #PrayforCikguAzizan tular di media sosial kini
Viral !!! #PrayforCikguAzizan tular di media sosial kini
Dek kerana mengenakan
tindakan kepada seorang pelajar, seorang guru akan dihadapkan ke mahkamah
setelah dikatakan menampar seorang
pelajar yang didakwa telah melakukan kesalahan disiplin berat
seperti menghidu gam, ponteng kelas, bergaduh dan membuli pelajar lain di
sekolah.
Hashtag #PrayForCikguAzizan telah tular di media sosial beberapa hari ini
sebagai tanda sokongan moral kepada Cikgu Azizan yang akan dihadapkan ke Mahkamah
Majistret Seremban pada Selasa ini. Sekiranya didapati bersalah, Cikgu Azizan akan
menghadapi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Beliau
kini diikat jamin sebanyak RM500 selepas pendengaran sebutan pertama pada 31
Oktober yang lalu.
Seramai 200 orang guru akan dijangka hadir ke mahkamah pada Selasa ini untuk
memberikan sokongan moral kepada Cikgu Azizan. Selain guru, pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru dan AJK masjid setempat akan mengadakan solat hajat sebagai tanda
sokongan kepada beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment