Sunday, December 31, 2017

Pemansuhan 4 tol bermula 1 Januari 2018

Bermula 1 Januari 2018 pemansuhan tol di empat plaza tol di Batu Tiga, Sg Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) telah menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan kos sara hidup rakyat di Malaysia.

Pemansuhan keempat-empat tol ini akan memberikan manfaat kepada pengguna dengan mendapat laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi Lebuhraya Plus.

Lebuhraya EDL pula, pengguna di Bangunan Sultan Iskandar hanya perlu membayar kutipan tol bagi PLUS untuk jajaran Tambak Johor sahaja.

Sebanyak 270 000 penduduk sekitar Shah Alam dan Klang, 2,800 penduduk sekitar Bukit Kayu Hitam, Kedah dan 42 000 pengguna harian EDL bakal mendapat manfaat daripada pemansuhan di keempat-empat tol ini.



Operasi dan penyelenggaraan keseluruhan jajaran Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) dan Lebuhraya PLUS antara Bukit Kayu Hitam hingga Paya Kemunting serta Lebuhraya EDL akan diletakkan di bawah tanggungjawab JKR dan kesemua jajaran lebuh raya yang terlibat ini juga diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Diharapkan dengan pemansuhan ini , rakyat Malaysia khususnya yang berada di Selangor akan dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. 

Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment