Sebagai seorang manusia, berat
badan yang ideal adalah menjadi satu idaman kepada setiap insan. Pelbagai
ubatan telah di ambil , namun hasilnya tidak menggalakkan. Untuk itu, 4 langkah
mudah ini akan dapat membantu anda untuk mengurangkan berat di dalam hanya masa
seminggu. Nothing is impossible brahh…
1. Minum Banyak Air Putih
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan
membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan
yang agak berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
Seeloknya , elakkan daripada minum air minuman bergas kerana ia akan
menggemukkan anda, anda dah gemuk tapi main rembat lagi benda yang boleh menggemukkan
, macam mana nak jadi kurus ??? paham?? Hehehe ..
2. Ambil Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan
sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi
lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Jadi ,
untuk mendapatkan berat badan yang ideal, sarapan adalah salah satu faktor
daripadanya. Akan tetapi , jumlah sarapan yang diambil perlulah sesuai mengikut
keperluan badan kita. Jangan bedal banyak2 oii..
3. Amalkan Pengambilan Buahan-buahan dan Sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk
vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. Pengambilan buah-
buahan dan sayuran juga akan menjadi agen pelawas di dalam perut. Buah epal
hijau contohnya akan bertindak sebagai pelawas dan akan memudahkan sistem
penghadaman untuk mencerna dan membuang lemak di sekitar perut.
4. Latihan dan Senaman
Mengikut pemerhatian yang saya sendiri jalankan , ramai
umat manusia tidak sanggup untuk mengeluarkan peluh mereka. Ada di antara mereka
risau kulit akan menjadi gelap, walaupun memang dah semulajadi gelap kulit tu .
kehkehkeh .. Antara aktiviti senaman yang paling mudah dan mampu dilakukan oleh
semua orang tanpa memerlukan bakat semulajadi ialah BERJOGGING, kan ?? So , tepuk dada tanya badan laa. Kalau dah
memang pemalas , simpan je laa impian nak kurus tu. KEH3. >_<
Sekian , selamat beramal semua anak- anak !
No comments:
Post a Comment