Wednesday, December 27, 2017

Awas .. Tanda tayar kereta anda botak .. Ramai yang tidak tahu sebenarnya ..

Ramai yang tidak tahu antara tanda-tanda tayar kereta sudah kehabisan bunga ataupun dalam erti kata lainnya 'botak'.

Kebanyakan tayar yang botak kelihatan masih mempunyai bunga yang dalam dan anda semua menyangka ianya masih elok, tanggapan seperti itu adalah salah sama sekali.

Jadi , bagaimana mahu mengenal tayar yang sudah botak ?

Indikator yang boleh kita gunakan untuk mengetahui tahap kebotakan sesuatu tayar ialah JALUR DI TENGAH TAYAR. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh lihat perbezaan gambar tayar di bawah.

     
Gambar menunjukkan jalur di dalam bulatan merah masih kelihatan tenggelam menandakan tayar masih elok dan tidak botak.



Gambar menunjukkan jalur di dalam bulatan merah sudah kelihatan sama aras/tinggi dengan bunga tayar. Sekiranya tayar sudah kelihatan seperti gambar di atas , anda bolehlah berkira-kira untuk menukar tayar yang baru.

Diharapkan dengan info di atas ianya dapat membantu anda untuk mengenal tahap kebotakan tayar kereta. Ia jugak akan dapat membantu anda untuk merancang bajet lebih awal dalam menukar tayar kereta.

Sumber: fb akmal amri

No comments:

Post a Comment