Monday, December 18, 2017

KERTAS KERJA BOLA SEPAK





KERTAS KERJA
____________________________________________________
PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
LELAKI 11 TAHUN KE BAWAH
PERINGKAT DAERAH __________ 2017
______________________________________________________________

TARIKH :


TEMPAT :
PADANG BOLA SEPAK (NAMA SEKOLAH)

ANJURAN :
NAMA SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA :
UNIT KOKURIKULUM (NAMA PENGELOLA BERSAMA)



PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Kebitaraan Bola Sepak NAMA SEKOLAH. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah daerah Dalat mengikut kategori umur lelaki 11 tahun ke bawah. Setiap pasukan menyenaraikan lima belas orang pemain termasuk enam orang pemain simpanan.
Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak NAMA SEKOLAH. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0              MATLAMAT
           
Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Kejohanan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam setiap peserta supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kejohanan ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan.
Selain itu, pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini. Kejohanan ini juga akan dapat memberikan peluang kepada setiap sekolah bagi menyediakan pasukan bola sepak untuk pertandingan pada tahun hadapan.

3.0              OBJEKTIF

                    3.1      Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.
                    3.2      Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah pasukan.
                    3.3      Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
                    3.4      Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang memerlukan daya ketahanan fizikal yang tinggi.
                    3.5      Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam sesebuah pasukan.
                    3.6      Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
                    3.7      Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0       TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1    Tarikh yang dirancang ialah pada (TARIKH YANG DIRANCANG)
4.2    Dilaksanakan selama 1 hari
4.3    Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.
4.4    Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0       TEMPAT
           
5.1    Padang Bola Sepak (NAMA SEKOLAH)

6.0        PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun ini akan dirasmikan oleh SIAPA. Ia akan berlangsung di padang bola sepak NAMA SEKOLAH. SIAPA akan memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0       KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1    Jumlah pasukan                 : 8 pasukan
7.2    Jumlah AJK pertandingan            : 25 orang


8.0       JAWATANKUASA PENGURUSAN
            Penaung                      : NAMA GURU BESAR
            Pengerusi Pengelola    : NAMA PK KOKU
Penasihat 1                  : NAMA PK 1
Penasihat 2                  : NAMA PK HEM
                       
JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program      : NAMA GURU
Naib Pengerusi            : NAMA GURU
Setiausaha                   : NAMA GURU
Bendahari                    : NAMA GURU
Pengerusi Majlis          : NAMA GURU

AHLI JAWATANKUASA

AJK Pendaftaran & Pencatat : ???
AJK Minuman                                    : ???
AJK Piala & Medal                 : ???
AJK Pertandingan                  : ???
AJK Keselamatan & Disiplin  : ??
AJK Kebajikan                       : ???
AJK Pengurusan/Persiapan
            Padang                                    : ???
AJK Promosi                           : ???


9.0              ANGGARAN BELANJAWAN
Lampiran A

10.0          FORMAT PERTANDINGAN
                        Lampiran B







11.0     RINGKASAN EKSEKUTIF
       Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 11 Tahun Peringkat daerah (NAMA DAERAH) 2017.

JAWATANKUASA



TAJUK PROGRAM

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 11 Tahun

JENIS PROJEK

KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU PENCAPAIAN PROGRAM



·         Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.
·         Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
·         Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
·         Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
·         Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
·         Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
·         Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

ANJURAN

UNIT KEBITARAAN BOLA SEPAK DENGAN KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM (PENGELOLA BERSAMA)

TARIKH

????? OKTOBER

TEMPAT

Padang Bola Sepak NAMA SEKOLAH

BIL.  PASUKAN

8 pasukan

ANGGARAN KOS

RM ???


12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT

ULASAN PENASIHAT :







TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________



14.0     PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.


Disediakan oleh,                                            


____________________________               
(NAMA)                    


Disemak oleh,


___________________________________
(NAMA)



Disahkan oleh,


____________________________________
(NAMA)




















LAMPIRAN A


ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan                  RM      ???
   Jumlah Permohonan                         RM      ???

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA
BILANGAN
Harga per unit
JUMLAH
Hadiah
-          Medal
-          Sijil Penyertaan
-          Hamper




Makanan
-          Makanan Ajk dan Pengadil
-          Air Mineral
Makanan Peserta/Pemain SK Kampung Igan

25 x 1 hari
10 kotak
15 x 1 hari

RM 12.00
RM 12.00
RM 12.00


RM 300.00
RM 120.00
RM 180.00
-          Kos Luar Jangka


RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN


RM ???








Disediakan oleh :

.........................................................
(NAMA SETIAUSAHA)


Disokong oleh :


.........................................................
(NAMA PENGERUSI)


Disemak oleh :


.........................................................
(NAMA)
Pengerusi Pengelola


Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
(NAMA)
Penaung / Penasihat













LAMPIRAN A
                                                                                                                                                             

BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
11 TAHUN KE BAWAH
PERINGKAT DAERAH (NAMA DAERAH)


 NAMA PASUKAN

 
 WARNA JERSI

 

BAJU




SELUAR



STOKIN




Bil
Nama Pemain
No. Jersi

P

S

N

1





2





3





4





5





6





7





8





9





10





11





12





13





14





15





16





17





18





19





20















LAMPIRAN B

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK


1.0       AM

1.1              Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 11 Tahun
Ke Bawah peringkat daerah NAMA DAERAH 2017.

2.0       PENGANJUR / PENGELOLA

2.1       Pertandingan ini dianjur oleh NAMA SEKOLAH dengan kerjasama Unit Kokurikulum PENGANJUR BERSAMA

3.0       SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar lelaki sekolah rendah 11 tahun ke
                  bawah peringkat daerah Dalat
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai lima belas (15) orang pemain.
                  Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
                  Lampiran A.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.     
Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam   
      pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja.
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup  BILA
                  kepada Pengerusi Program.
3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada BILA di Bilik Mesyuarat NAMA
      SEKOLAH.

4.0       TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak NAMA SEKOLAH.
4.2 Perlawanan akan bermula pada BILA Oktober. Setiap perlawanan hendaklah 
                  mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
            4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 10 + 5 + 10 = 35 minit keseluruhan
            4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit
                  sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada
                  mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima
                 (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5.0       FORMAT PERTANDINGAN
5.1  Perlawanan akan dijalankan secara 9 sebelah.
5.2  Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 2 kumpulan menggunakan kaedah “Robin Tournament”. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.
5.3  Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan akan dijalankan secara liga.
5.4  Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5.5  Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.
5.6  Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.
5.7  Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir:
5.7.1        Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
5.7.2        Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak.
5.7.3        Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,
5.7.4        Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi menentukan pemenang.

6.0       PERTUKARAN PEMAIN.
6.1       Sebanyak TIGA (3) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan  pada setiap perlawanan.
6.2       Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam permainan.

7.0       KEMENANGAN PERCUMA
7.1       Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-
7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-
                                             mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa
         perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam    
         perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang
         pemain dalam sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan 
         hanya mempunyai tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan
                                               kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang mempunyai
                                               pemain yang  mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3)  
       mata dan  kiraan jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan
      percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan
       sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari
      kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8.0       PERATURAN AM
8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam
       perlawanan  sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak   
       dibenarkan bermain satu  (1) perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya
       diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan
       diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh
       bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan
      keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak
      dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan
      ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang  
mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian
      yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan 
      selepas pertandingan ini dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam    
      insiden pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau
      pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukannya akan didenda
      dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau
      perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang
      berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-
      syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.


9.0       PENGADILAN
9.1       Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang
bertauliah.

10. 0    BANTAHAN
10.1     Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11.0     TARIKH TUTUP PENYERTAAN
11.1     Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh
tutup pada BILA ??????
11.2     Tarikh pengundian akan diadakan pada BILA???? di TEMPAT  
            MESYUARAT.





















LAMPIRAN C

                            
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­                                                                                                                                                                                               
....................................................
                                                Ruj Kami :
                                                Tarikh       :

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH  11 TAHUN KE BAWAH PERINGKAT DAERAH (NAMA DAERAH) 2017
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
                        Tarikh              :          
                        Masa                :          
                        Tempat            :          
                        Pengerusi         :           Guru Besar
3.         Agenda Mesyuarat:

            3.1       Ucapan Pengerusi.
            3.2       Ucapan Pengerusi Teknik Pengerusi Program
            3.3       Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.
            3.4       Maklumat Pertandingan
            3.5       Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.
            3.6       Kewangan.
            3.7       Hal-hal lain.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

...........................................................
(NAMA GURU BESAR)
Penaung Pengelola Bola Sepak



1 comment: