Sunday, December 31, 2017

Pemansuhan 4 tol bermula 1 Januari 2018

Bermula 1 Januari 2018 pemansuhan tol di empat plaza tol di Batu Tiga, Sg Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) telah menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan kos sara hidup rakyat di Malaysia.

Pemansuhan keempat-empat tol ini akan memberikan manfaat kepada pengguna dengan mendapat laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi Lebuhraya Plus.

Lebuhraya EDL pula, pengguna di Bangunan Sultan Iskandar hanya perlu membayar kutipan tol bagi PLUS untuk jajaran Tambak Johor sahaja.

Sebanyak 270 000 penduduk sekitar Shah Alam dan Klang, 2,800 penduduk sekitar Bukit Kayu Hitam, Kedah dan 42 000 pengguna harian EDL bakal mendapat manfaat daripada pemansuhan di keempat-empat tol ini.



Operasi dan penyelenggaraan keseluruhan jajaran Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) dan Lebuhraya PLUS antara Bukit Kayu Hitam hingga Paya Kemunting serta Lebuhraya EDL akan diletakkan di bawah tanggungjawab JKR dan kesemua jajaran lebuh raya yang terlibat ini juga diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Diharapkan dengan pemansuhan ini , rakyat Malaysia khususnya yang berada di Selangor akan dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. 

Sumber Sinar Harian

KEMENANGAN DI SYRIA, DAJJAL DAN TURUNNNYA NABI ISA

SYRIA mengalami konflik kepanjangan. Umat ​​Islam ditindas rejim Syiah. Ratusan ribu nyawa umat Islam melayang. Adakah penindasan it uterus berlangsung? Berikut nubuwat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallah berkaitan Syam dan Negeri Akhir Zaman dikutip dari buku Negeri-negeri Akhir Zaman karya Abu Fatiah al Madani

Saksi Pertempuran Besar Malhamah Al-Kubra

Imam Muslim dalam hadis yang panjang menerangkan perang ini dengan terperinci. Lengkapnya sebagai berikut:

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga bangsa Romawi sampai di A’maq atau Dabiq. Kedatangan mereka akan dihadapi oleh sebuah pasukan yang keluar dari kota Madinah yang merupakaan penduduk bumi yang terbaik pada masa itu. Apabila mereka telah berbaris (dan berhadap-hadapan untuk berperang), bangsa Romawi akan menggertak, ‘Biarkan kami membuat perhitungan dengan orang-orang kami yang kalian tawan! (Maksud mereka orang Romawi yang telah masuk Islam). Mendengar gertakan itu, kaum Muslimin menjawab, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kalian mengusik saudara-saudara kami!”

Maka terjadilah pertempuran antara dua pasukan. Satu pertiga pasukan Islam akan melarikan diri dari medan pertempuran, maka Allah tidak akan mengampuni mereka (memberi taufiq untuk bertaubat) selama-lamanya. Satu pertiga pasukan Islam yang lain terbunuh dan mereka adalah sebaik-baik mati syahid di sisi Allah. Satu pertiga pasukan Islam lain akan memenangi peperangan, tanpa mendapat fitnah (bencana atau kesesatan) sedikitpun selamanya.

Kemudian mereka menakluk Konstatinopel. Ketika mereka tengah membagi-bagi harta rampasan perang dan telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba terdengar suara teriakan syaitan, “Sesungguhnya Dajjal telah menguasai keluarga kalian!”

Mereka pun segera bergegas pulang, namun ternyata berita itu bohong. Tatkala mereka telah sampai di Syam, barulah Dajjal muncul. Ketika mereka lagi mempersiapkan diri untuk berperang dan merapikan barisan, tiba-tiba datang waktu solat. Pada masa itulah Nabi Isa turun. Ia memimpin mereka (memerangi Dajjal). Begitu melihat Isa, si Dajjal meleleh hancur bagaikan garam yang mencair. Sekiranya ia membiarkannya, sudah tentu musuh Allah itu akan hancur lebur. Namun Allah membunuhnya melalui perantara tangan Isa, sehingga Isa menunjukkan kepada kaum Muslimin darah Dajjal yang masih segar melekat di hujung tombaknya. “

Rasulullah menyebut Romawi dalam Hadis yang menceritakan Malhamah Kubra ini, mengisyaratkan bahawa Amerika bukan unsur utama. Amerika pada masa itu sudah hancur. Sedangkan Rom yang dimaksudkan di sini adalah Eropah. Ini betul-betul mengulang masa lalu ketika Perang Salib. Pada akhirnya pada Perang Salib itu umat Islam keluar sebagai pemenangkan. Kemenangan itu juga bakal di raih umat Islam pada akhir zaman kelak. Itulah janji Allah yang tak pernah ingkar.

Ghautah Menjadi Pusat Pertahanan

Rasulullah bersabda, “Tapak perkhemahan kaum Muslimin pada saat terjadinya malhamah (perang besar) adalah Gauthah, disamping Damsyik. (Riwayat Ibnu Majah, Al Hakim dan Ibnu Asakir).

Realiti sekarang ini menjadi bukti awal kebenaran nubuwat Rasulullah ini. Ghautah dibagi menjadi dua daerah (daerah): daerah Ghautah Timur dan daerah Ghautah Barat. Semasa revolusi rakyat Syria (2011-2013), Ghautah Timur menjadi salah satu kekuatan mujahidin. Rakyat Muslim di daerah ini sangat mendudung mujahidin, walaupun puluhan ribu di antara mereka sudah dibunuh rejim Syria.

Nabi Isa Turun di Damsyik

Salah satu tanda-tanda kiamat, turunnya Nabi Isa menjelang akhir zaman. Berdasarkan Hadits shahih Muslim, Isa turun di menara putih sebelah timur Damsyik. Isa mengenakan dua pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua malaikat. Bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya. Dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Tidak ada orang kafir yang mencium nafasnya kecuali pasti mati. Padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Isa kemudian mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya. Isa lalu datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal. Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu darjat mereka di syurga.

Ibnu Kathir menjelaskan Hadis ini, “Berdasarkan beberapa kitab yang saya baca, beliau turun di menara putih sebelah timur Masjid Jami ‘Damsyik.”

Di Damsyik, lanjut Ibnu Katsir, tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami ‘Damsyik.

Rasulullah bersabda, “Sebelum terjadi kiamat akan keluar api dari Hadhramaut atau dari laut Hadhramaut yang mengumpulkan manusia. Kami bertanya, “Apa yang engkau perintahkan kepada kami, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, hendaklah kamu berada di Syam. “

sumber http://www.hidayatullah.com/
Kredit : tambahcheeze

Friday, December 29, 2017

YAKJUJ & MAKJUJ SUDAH DITEMUI OLEH NASA .. KENAPA NASA MERAHSIAKANNYA SAMPAI SEKARANG ???? RUPA-RUPANYA ..

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.
“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.
“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”
“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.
“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth
kredit : tambahcheeze

Wednesday, December 27, 2017

Alamak ! Anggaran kasar duit permulaan yang perlu anda ada untuk membeli rumah mengikut harga ..

Sebagai seorang manusia , mempunyai rumah sendiri adalah merupakan satu impian setiap insan.

Akan tetapi , adakah anda tahu berapakah jumlah permulaan wang yang perlu anda ada sebelum membeli sesebuah rumah?

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh lihat jadual anggaran kasar wang yang perlu anda miliki untuk membeli sebuah rumah mengikut harga.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang pembelian sebuah rumah idaman anda sendiri. ✌

Awas .. Tanda tayar kereta anda botak .. Ramai yang tidak tahu sebenarnya ..

Ramai yang tidak tahu antara tanda-tanda tayar kereta sudah kehabisan bunga ataupun dalam erti kata lainnya 'botak'.

Kebanyakan tayar yang botak kelihatan masih mempunyai bunga yang dalam dan anda semua menyangka ianya masih elok, tanggapan seperti itu adalah salah sama sekali.

Jadi , bagaimana mahu mengenal tayar yang sudah botak ?

Indikator yang boleh kita gunakan untuk mengetahui tahap kebotakan sesuatu tayar ialah JALUR DI TENGAH TAYAR. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh lihat perbezaan gambar tayar di bawah.

     
Gambar menunjukkan jalur di dalam bulatan merah masih kelihatan tenggelam menandakan tayar masih elok dan tidak botak.



Gambar menunjukkan jalur di dalam bulatan merah sudah kelihatan sama aras/tinggi dengan bunga tayar. Sekiranya tayar sudah kelihatan seperti gambar di atas , anda bolehlah berkira-kira untuk menukar tayar yang baru.

Diharapkan dengan info di atas ianya dapat membantu anda untuk mengenal tahap kebotakan tayar kereta. Ia jugak akan dapat membantu anda untuk merancang bajet lebih awal dalam menukar tayar kereta.

Sumber: fb akmal amri

Tuesday, December 26, 2017

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis





Bahan-bahan
  1. Cili Kering 10-15 tangkai
  2. Bawang besar 2 labu 
  3. Belacan
  4. Minyak masak
  5. Bawang putih 2 biji
  6. Asam gelugur 2 keping
  7. Ikan bilis 1 genggam
  8. Garam
  9. Gula
  10. Dan sudah semestinya PETAI 😂 5 papan

CARA PENYEDIAAN BAHAN

Bahan yang perlu di kisar :-

  1. Rebuskan cili kering (10-15) tangkai mengikut selera masing-masing. Lagi banyak lagi pedas.
  2. 1 labu bawang besar. Potong kecil secukup rasa.
  3. 1 sudu kecil belacan.
  4. 1/2 air
CARA MEMASAK
  1. Potong 1 labu bawang besar dan hiris bulat- bulat. Potong 2 biji bawang putih. Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sekali di dalam minyak sehingga bau bangkit.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tumiskannya sehingga pecah minyak/bau bangkit.
  3. Masukkan asam gelugur/keping dan kacau.
  4. Masukkan petai dan ikan bilis dan kacau. Tunggu hingga petai dan ikan bilis empuk.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan selama 5 minit. 


SELAMAT MENCUBA!! 

P/S : Ikat perut suami dengan masakan kita(isteri) , inshaallah aman sentosa rumah tangga. Suami semakin hari semakin sayang. ✌

Jaga-jaga .. Bentuk- bentuk hukuman yang boleh mengundang masalah kepada guru .

Sejak dua menjak ini , pelbagai isu yang telah terjadi di dalam dunia pendidikan di Malaysia. Kes guru di hadapkan ke mahkamah kerana mengenakan hukuman kepada murid telah menjadi perkara biasa di dengar oleh kita semua. Sebagai seorang guru , mereka sebenarnya berbuat demikian tidak lain dan tidak  bukan bertujuan untuk mendidik murid supaya menjadi seorang yang berguna pada dewasa kelak. Akan tetapi , terdapat di dalam kalangan ibu bapa yang merasakan hukuman yang diberikan kepada anak mereka terlalu kejam. Terdapat pelbagai hukuman yang telah dihuraikan sebagai hukuman yang tidak boleh dilakukan seorang guru kepada muridnya. Lihat gambar di bawah untuk mengetahui selanjutnya.



Diharapkan ianya dapat membantu guru- guru di luar sana  untuk sentiasa berwaspada ketika ingin mengenakan hukuman kepada murid.

Pesan aku , don't waste your time to teach them , let them be , is not your problem , don't risk your job. Cukup bulan makan gaji  , dah , settle .. Peace no war .✌😁

Monday, December 25, 2017

Anda ingin KURUS ??? Ketahui cara mudah untuk mengurangkan berat badan dengan 4 langkah..

Sebagai seorang manusia, berat badan yang ideal adalah menjadi satu idaman kepada setiap insan. Pelbagai ubatan telah di ambil , namun hasilnya tidak menggalakkan. Untuk itu, 4 langkah mudah ini akan dapat membantu anda untuk mengurangkan berat di dalam hanya masa seminggu. Nothing is impossible brahh…
1. Minum Banyak Air Putih
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang agak berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Seeloknya , elakkan daripada minum air minuman bergas kerana ia akan menggemukkan anda, anda dah gemuk tapi main rembat lagi benda yang boleh menggemukkan , macam mana nak jadi kurus ??? paham?? Hehehe ..
2. Ambil Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Jadi , untuk mendapatkan berat badan yang ideal, sarapan adalah salah satu faktor daripadanya. Akan tetapi , jumlah sarapan yang diambil perlulah sesuai mengikut keperluan badan kita. Jangan bedal banyak2 oii..
3. Amalkan Pengambilan Buahan-buahan dan Sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. Pengambilan buah- buahan dan sayuran juga akan menjadi agen pelawas di dalam perut. Buah epal hijau contohnya akan bertindak sebagai pelawas dan akan memudahkan sistem penghadaman untuk mencerna dan membuang lemak di sekitar perut.
4. Latihan dan Senaman
Mengikut pemerhatian yang saya sendiri jalankan , ramai umat manusia tidak sanggup untuk mengeluarkan peluh mereka. Ada di antara mereka risau kulit akan menjadi gelap, walaupun memang dah semulajadi gelap kulit tu . kehkehkeh .. Antara aktiviti senaman yang paling mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang tanpa memerlukan bakat semulajadi ialah BERJOGGING, kan  ?? So , tepuk dada tanya badan laa. Kalau dah memang pemalas , simpan je laa impian nak kurus tu. KEH3. >_<

Sekian , selamat beramal semua anak- anak !

Tuesday, December 19, 2017

KERTAS KERJA PROGRAM BULAN DISIPLIN






















SEKOLAH KEBANGSAAN (NAMA SEKOLAH)

(ALAMAT SEKOLAH)



KERTAS KERJA





BULAN DISIPLIN

(NAMA SEKOLAH)

(TAHUN)





TARIKH :





TEMPAT :

(NAMA SEKOLAH)

(ALAMAT SEKOLAH)













Anjuran:

UNIT DISIPLIN & PENGAWAS

(NAMA SEKOLAH)





CADANGAN KERTAS KERJA

BULAN DISIPLIN (TAHUN)



1.0  PENDAHULUAN.

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin akan mengadakan satu program yang sangat penting  melibatkan semua warga sekolah. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para murid terutamanya dalam aspek kebersihan di (NAMA SEKOLAH)

2.0 RASIONAL

1.       Kemantapan disiplin murid memerlukan satu program lebih sistematik.

2.       Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.



3.0 OBJEKTIF



1.             Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dengan mengamalkan budaya kebersihan di dalam kehidupan mereka seharian.

2.             Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid selaras dengan syariat yang di anjurkan oleh agama.

3.             Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.

4.             Menanam sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid dengan menjaga kebersihan kelas mereka.



4.0 NAMA PROGRAM



            NAMA                        : SIFAR SAMPAH

            TEMA                         : BULAN DISIPLIN

           

5.0 TARIKH  DAN TEMPAT PERLAKSANAAN



            TARIKH                     :

            TEMPAT                    : (NAMA SEKOLAH)













6.0 KUMPULAN SASARAN



            Semua Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 (NAMA SEKOLAH)



7.0 JAWATAN KUASA PELAKSANAAN

   Pengerusi                                :

                                                  (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi     1         : 

                                                ( Penolong Kanan HEM)

Timbalan Pengerusi 2              :

                                                ( Penolong Kanan Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi 3  :

                                                ( Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras                               :

Setiausaha                               :

Bendahari                                :

Dokumentasi                           :          

                                                                       



8.0 AKTIVITI



                                  i.                                        Majlis Pelancaran oleh Guru Besar.

                                ii.                                        Pertandingan Sifar Sampah bermula pada bulan Jun sehingga bulan    

                    Oktober di antara kelas bermula daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.































9.0  ANGGARAN KEWANGAN     



Anggaran Pendapatan
Jumlah ( RM )
Anggaran Perbelanjaan
Jumlah ( RM )

Bimbingan Dan Kaunseling
(Hadiah Kelas Bersih)




Kehadiran 100%






Sijil


RM120.00












RM65.00


Hadiah Tempat Pertama

Hadiah Tempat Kedua

Hadiah Tempat Ketiga

Sijil






Keseluruhan (sijil 1 rim)


RM50

RM40

RM30

-






RM65.00
JUMLAH
RM 185.00

RM 185.00



10.0 TENTATIF PROGRAM




TARIKH

MASA

PROGRAM
1 Julai 2016
7.20 pagi -7.40 pagi

-          Pelancaran Bulan Disiplin.

1 Jun  - 30 Oktober 2016
9.50 pagi
1.20 tengahari
-    Pertandingan Sifar Sampah(Bulanan)



11.0 PENUTUP

Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan murid-murid di (NAMA SEKOLAH) terus berkembang dan mencapai kemuncaknya seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Sekian. Terima kasih.       







 Disediakan oleh:





………………………..............

(NAMA)

Setiausaha,

Minggu Disiplin 2016,

Unit HEM (NAMA SEKOLAH)

      



Disemak oleh:





......................................

(NAMA TIMBALAN PENGERUSI 1)

Naib Pengerusi 1,

Minggu Disiplin 2016,

Unit HEM (NAMA SEKOLAH)





Disahkan oleh:





........................................

(NAMA PENGERUSI)

Pengerusi,

Minggu Disiplin 2016,

Unit HEM (NAMA SEKOLAH)