Cuti Rehat Khas ataupun lebih dikenali sebagai CRK dalam
kalangan guru menjadi topic perbualan yang hangat sejak dua menjak ini. Bermula
1 Januari 2018 , Cuti Rehat Khas telah dipanjangkan lagi kepada 10 hari
berbanding sebelum ini iaitu 7 hari. Perkara ini telah di sambut dengan hati
yang penuh gembira oleh semua pegawai perkhidmatan pendidikan. Antara perkara-
perkara yang anda perlu tahu untuk memohon Cuti Rehat Khas adalah seperti di
bawah.
KELAYAKAN CUTI REHAT
KHAS
1. Kelayakan
Cuti Rehat Khas(CRK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sebanyak 10
hari setahun
2. Pegawai
yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau
institusi pendidikan.
3. Kemudahan
Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada :-
a)
Guru Sandaran/ Guru Interim ; dan
b)
Guru Kontrak
PERATURAN DAN SYARAT
CUTI REHAT KHAS
1. Cuti
Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat
Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun yang berikutnya.
2. Cuti
Rehat Khas boleh diberikan bagi tujuan-tujuan berikut :-
a)
menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau
meninggal dunia.
b)
mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan.
c) menghadiri
upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai.
d)
dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.
e) menghadiri majlis konvokesyen
bagi pegawai atau ahli keluarga.
f) mendaftar anak ke sekolah atau
institusi pengajian tinggi.
g) menunaikan fardhu haji
sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi.
h) menghadiri kursus suai kenal
bagi kursus luar kampus.
i) perkahwinan pegawai atau anak
pegawai.
KUASA MELULUS
1. Kuasa
untuk meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah:-
a)
Pengetua/ Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah.
b)
Ketua Institusi Pendidikan di mana pegawai tersebut bertugas
c)
Pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai
Diharapkan dengan pemberian tambahan Cuti Rehat Khas ini,
ianya akan dapat membantu lagi pegawai perkhidmatan pendidikan di luar sana
untuk lebih bersemangat di dalam bidang masing-masing. Sekian.
No comments:
Post a Comment