Thursday, May 3, 2018

TIPS MENJAGA KULIT MUKA YANG AWESOME.. WAJIB BACA UNTUK TAMPIL CANTIK..

Muka yang cantik dan bersih menjadi idaman setiap insan tidak kira sama ada perempuan mahupun lelaki. Muka yang bersih akan menyerlahkan keyakinan seseorang individu di khalayak ramai. Justeru, penjagaan muka yang betul akan dapat membantu seseorang itu untuk tampil terserlah pada orang di sekelilingnya. Di sini terdapat beberapa tips ringkas yang akan membantu anda untuk menjaga kulit muka.

1. Penggunaan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka.

2. Jangan memakai produk beraneka jenama kerana ia akan merosakkan sel-sel pada kulit.

3. Lebihkan sayuran dan buahan dalam pemakanan seharian.

4. Banyakkan minum air masak.

5. Rehat yang cukup. Tidur yang berkualiti akan dapat membantu kulit muka anda untuk sentiasa segar.

6. Melakukan senaman. Senaman muka turut boleh dilakukan.

7. Jauhi tabiat yang kurang sihat seperti menghisap rokok dan sebagainya.

8. Kurangkan menyentuh kulit muka dengan tangan anda.

9. Membasuh muka dengan air suam setiap kali sebelum tidur.

10. Pastikan kesemua make up di muka telah dibersihkan sepenuhnya sebelum tidur.

11. Kurangkan pengambilan makanan ringan seperti kerepok, air bergas dan sebagainya.

12. Jangan memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan parut.

13. Jauhi cahaya matahari yang terlampau.


CUTI REHAT KHAS (CRK)


Cuti Rehat Khas ataupun lebih dikenali sebagai CRK dalam kalangan guru menjadi topic perbualan yang hangat sejak dua menjak ini. Bermula 1 Januari 2018 , Cuti Rehat Khas telah dipanjangkan lagi kepada 10 hari berbanding sebelum ini iaitu 7 hari. Perkara ini telah di sambut dengan hati yang penuh gembira oleh semua pegawai perkhidmatan pendidikan. Antara perkara- perkara yang anda perlu tahu untuk memohon Cuti Rehat Khas adalah seperti di bawah.

KELAYAKAN CUTI REHAT KHAS

1.            Kelayakan Cuti Rehat Khas(CRK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sebanyak                   10 hari setahun
2.            Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan                   yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi                             pendidikan.
3.            Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada :-
                                a) Guru Sandaran/ Guru Interim ; dan
                                b) Guru Kontrak

PERATURAN DAN SYARAT CUTI REHAT KHAS

1.            Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun yang berikutnya.
2.            Cuti Rehat Khas boleh diberikan bagi tujuan-tujuan berikut :-
                a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia.
                b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan.
                c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai.
                d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir                             dan sebagainya.
    e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga.
    f) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi.
    g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi.
    h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.
    i) perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

KUASA MELULUS

1.            Kuasa untuk meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah:-
                a) Pengetua/ Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah.
                b) Ketua Institusi Pendidikan di mana pegawai tersebut bertugas
                c) Pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai

Diharapkan dengan pemberian tambahan Cuti Rehat Khas ini, ianya akan dapat membantu lagi pegawai perkhidmatan pendidikan di luar sana untuk lebih bersemangat di dalam bidang masing-masing. Sekian.

Wednesday, May 2, 2018

Bakal Menimang Cahaya Mata ke 3.Tahniah Fizz Fairuz dan Almy Nadia

Pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah dikhabarkan akan menimang cahaya mata ke 3 mereka tidak lama sahaja lagi yang telah dikongsikan menerusi laman Instagram Fizz Fairuz.

Berita baik tersebut telah dikongsi dan dimuat naik oleh Fizz menerusi Instagram miliknya beserta kapsyen syukur dan teruja.

Perkongsian itu juga telah menerima likes daripada pelbagai pihak terutamanya daripada peminat mereka berdua.

Untuk pengetahuan semua, pasangan ini telah disatukan pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna dan Aurora.

Ucapan tahniah untuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia di atas berita ini dan kita mendoakan agar mereka terus berjaya di dalam bidang karier mereka untuk masa yang akan datang. Amin.

Aplikasi Snapask dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan dengan mudah

Dunia yang serba canggih ketika ini telah dapat membantu ramai orang untuk menjana pendapatan secara dengan begitu mudah iaitu melalui atas talian online sahaja.

Baru- baru ini kita di kejutkan dengan aplikasi Snapask yang mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan melalui online sahaja.

Difahamkan aplikasi Snapask mampu memberikan pendapatan lumayan dengan hanya menjawab soalan sahaja. Setiap soalan yang berjaya di jawab akan dibayar rm1.50 . Ianya lebih kepada menjadi tutor untuk pelajar- pelajar di luar sana dengan membantu mereka menyelesaikan soalan yang mereka tidak fahami.

Sesiapa yang berminat mestilah mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Snapask. 

Apa lagi ? Cuba la apply. 

Download aplikasi Snapask melalui playstore anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Tips Untuk Amalan Hidup Yang Sihat

Setiap hari kita akan melalui pelbagai rutin harian seperti bekerja dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kita merasa letih dah tidak bermaya dan akhirnya boleh menyebabkan stress kepada diri. Untuk mengelakkan terjadinya seperti itu, amalan hidup sihat perlulah diamalkan. 

1. Pemakanan
Pemakanan yang seimbang perlulah dititikberatkan di dalam menjaga kesihatan diri. Gaya pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat boleh menyumbang kepada penyakit- penyakit. Oleh yang demikian, amalan pemakanan yang secukupnya perlulah diambil. Kurangkan makanan ringan dan lebihkan kepada sayur dan buah. Semakin tua badan seseorang semakin ia perlu untuk mendapatkan vitamin- vitamin dan ianya boleh didapati dari sayuran dan buahan.

2. Senaman

Senaman untuk mengeluarkan peluh amat baik untuk tubuh badan. Luangkan masa selama 30 minit untuk melakukan senaman seperti berjogging dan sebagainya. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

3. Jauhi tabiat yang tidak sihat

Merokok adalah salah satu faktor yang terbesar dalam menyumbang kepada sakit. Menghisap dadah dan minum arak adalah satu contoh aktiviti yang tidak sihat dan perlu dijauhi. 

4. Tidur yang cukup

Tidur yang secukupnya akan membantu kita di dalam melakukan kerja. Kita perlu mendapatkan sekurang- kurangnya 6 jam waktu tidur untuk membolehkan badan berfungsi sepenuhnya. 

5. Luang masa bersama keluarga

Tips yang terakhir ini adalah paling ramai yang mengabaikan. Keluarga adalah orang yang paling dekat dengan kita. Luangkan masa dengan mereka sebaiknya, nescaya hidup akan lebih bermakna dan bersemangat. 

5 tips di atas adalah tips yang paling penting untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat. Mulakan dari sekarang demi diri anda dan orang disekeliling anda. Terima kasih dan selamat beramal.