Gambar hiasan
Ramai yang tidak tahu hak kita sebagai pemilik kereta sekiranya kereta hendak ditarik oleh pihak bank. Di sini terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.
Bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya :-
1. Finance kereta sudah melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah.
2. Kenderaan anda berada di dalam kediaman yang berpagar.
3. Hari cuti umum
4. Selepas jam 9 malam
Ejen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh KPDNKK. Sekiranya ejen datang lebih daripada seorang , kesemua mereka mestilah mempunyai kad EPS. Jika salah seorang gagal menunjukkan kad EPS , anda boleh membuat laporan polis kerana mereka telah membawa gangster atau seangkatan dengannya.
Semoga info ini berguna untuk anda semua.
No comments:
Post a Comment