Saturday, December 31, 2016

Apa yang anda perlu tahu sekiranya kereta anda hendak ditarik oleh bank



Gambar hiasan

Ramai yang tidak tahu hak kita sebagai pemilik kereta sekiranya kereta hendak ditarik oleh pihak bank. Di sini terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.

Bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya :-

1. Finance kereta sudah melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah.

2. Kenderaan anda berada di dalam kediaman yang berpagar.

3. Hari cuti umum

4. Selepas jam 9 malam

Ejen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh KPDNKK. Sekiranya ejen datang lebih daripada seorang , kesemua mereka mestilah mempunyai kad EPS. Jika salah seorang gagal menunjukkan kad EPS , anda boleh membuat laporan polis kerana mereka telah membawa gangster atau seangkatan dengannya.

Semoga info ini berguna untuk anda semua.

Friday, December 30, 2016

Terpotong kepala kemaluan

Gambar hiasan

Terpotong kepala kemaluan , itulah yang telah berlaku di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur. Doktor telah menyambung semula kepala kemaluan itu namun malangnya ianya telah bertukar hitam setelah seminggu menyambungnya. Pihak klinik telah memotong semula kepala kemaluan itu dan kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber : Harian Metro

Untuk berita lanjut : http://www.hmetro.com.my/node/192836

Thursday, December 29, 2016

Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Jadual kelayakan baru pembiayaan perumahan sektor awam telah dikeluarkan dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Mengikut kepada jadual yang telah dikeluarkan , kelayakan pinjaman telah berubah dimana dahulu hanya gaji pokok sahaja yang dikira , namun sekarang kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok + elaun tetap. Hal ini bermakna kakitangan awam yang bergaji kecil layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih besar dari dahulu . Untuk kefahaman yang lebih lanjut dan ketahui kelayakan anda sila rujuk jadual di bawah. 



Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam berkuatkuasa pada 1 Januari 2017

Spesifikasi Yamaha R25

Spesifikasi Yamaha R25 

Umumnya kita telah mengetahui pihak Yamaha telah mengeluarkan jentera 250cc yang baru iaitu yzf-r25. Namun, adakah anda semua mengetahui spesifikasi jentera ini ? Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh lihat di bawah.




Diharap ia dapat membantu anda semua . 😊